Diet rendah karbohidrat dan tinggi protein telah mula menjadi arus baru dalam program kuruskan berat badan. Fenomena ini berkembang kerana pakar saintis telah mendapati protein mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada karbohidrat untuk merencatkan kelaparan. Sebelum ini, diet tinggi protein lebih terkenal di kalangan para atlit terutama di dalam sukan bina badan kerana seperti diketahui umum, protein perlu untuk pembentukan otot-otot yang sihat.Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, apabila kandungan lemak dikurangkan kepada 20%, protein ditambahkan kepada 30% dan karbohidrat dikekalkan dalam 50% daripada jumlah kalori dalam sesuatu diet, ia mampu untuk mengurangkan kelaparan, memanjangkan rasa kenyang dan mengurangkan berat badan.
Diet tinggi protein dan rendah karbohidrat berkesan untuk mengurangkan berat badan kerana:
- ia mengurangkan kandungan gula dalam darah
- ia mengurangkan simpanan air di dalam badan.
Namun dalam kebanyakan kes, apabila seseorang yang telah mengambil diet rendah karbohidrat yang berpanjangan, apabila seseorang itu berbalik kepada makanan seimbang yang normal, karbohidrat yang diambil akan mula menyimpan semula air di dalam badan pada jumlah yang sepatutnya. Ini akan menyebabkabn berat badan bertambah.
Diet tinggi protein juga tidak elok untuk kesihatan sekiranya diambil secara berpanjangan. Ia boleh memudaratkan kesihatan kerana:
- protein yang mengandungi kalori yang tinggi jika diambil berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam badan
- kebanyakan makanan berprotein tinggi boleh menaikkan paras kolesterol dalam darah seperti daging dan keju
- protein yang tinggi dalam darah membuatkan buah pinggang bekerja berlebihan sebagai filter dan ini boleh merosakkannya.













2 comments:
Mia.. ada YM tak.. akak ada benda nak mintak tolong..
akak punya spiderx_woman79@yahoo.com
sms - 012-5865752
Semua jenis diet ada pro & cons rasanyer....yg paling bagus seimbangkan setiap meal kita :-)
Post a Comment