Wanita atau kaum hawa sememangnya tak dapat dipisahkan dr istilah 'memasak'. Segelintir masyarakat sering melabelkan 'wanita sebesar kerjayanya pun pasti turun jua ke dapur". Ia seakan memberi petunjuk bahawa peri penting juga untuk kte wanita cuba belajar memasak even selalu meniti di bibir
"aku tak tau memasak la...lepas ke nak kahwin ni?,"
Jawapan :
"lepas je nak kahwin, janji rajin nk belajar memasak & tak byk bagi alasan"
"ala, malas la nak memasak.....,"
Jawapan :
"tue je ke sebabnya.....sampai ble nak biar suami & anak2x mkn luar,"
Sebelum berkahwin dengan zauj, 'memasak' memang bukan menjadi kepakaran saya. Selalu ibu saya menggesa saya belajar memasak dan menjahit, namun adakala saya buat endah tak endah terutama pada menjahit.
Tapi ble bab memasak.....masuk je umur 25, minat tu datang wp sesekali je masuk dapur. Ketika dilamar menjadi isteri....tak pernah terfikir di benak saya untuk memiliki suami yang pandai memasak. Cuma yg tertera di kepala :-
"aku nak cari suami yang boleh jadi imam kepada aku & anak2x,"
Kawan selalu perli aku :-
"woi Mia siap anak2x tu harapan ko..matured betui pikiran hang ni,"
Kata aku : "Of course la kena piki anak sekali. Kalau dh suami x boleh jadi imam..camne nak jadi pemimpin keluarga..tak kan aku lak nk imam segalanya..bukan itu yg disebut tanggungjawab lelaki sbg ketua keluarga,"
chef wan-salah seorang chef lelaki berjaya & boleh dicontohi di Malaysia
Tak dinafikan di Malaysia & banyak negara luar kini rata2xnya lelaki lebih pandai memasak dr isteri. Namun, beranikah anda menjadi perempuan yang digelar 'tak tahu memasak' ???
Istilah 'lelaki pandai memasak' ini boleh aku kategorikan sebagai lelaki yang boeh memasak bukan setakat nasi putih & telur goreng je...tetapi dia bisa memasak makanan, kuih, & apa jua desert. Suruh je apa je jenis masakan, banyak tahu dr kte para wanita ni.
Ha, itulah dia suami saya yang dikasihi.Masak segala jenis nasi pun tahu, kuih tradisonal like kuih siput, kuih kapal dan segala jenis cucur boleh wat.....tue tak cite masakan lain lagi...dia tukang masak masa belajar di Mesir dulu. Sambil belajar syariah di Mesir, dia keja tkg masak di gerai arab sana.
zauj tengah memasak nasi arab ala beriani (raya kedua). Raya pertama dah tolong
zauj memasak resepi ni di rumah mentua-menjadi :-). Sempat aku belajar dr memasak buat acar ala arab & masakan lain...ehehe (niat mau cuba)
Kalau tanya saya saat baru mula kahwin, mau terkejut....
Sebelum berkahwin....masa bertunang kala menjenguk rumah tunang, pernah mak mentua cakap :-
"hm, hari ni mak nak rasa Mia memasak la..mesti pandai kan?," kata mak mentua masa tu berkunjung nak makan ramai rumah tunang.
Ups,nampak sangat nak test...menguji menantu ...Yela, sape tak nak anak dia berbinikan wanita yg pandai memasak..kan?
Kalau wanita nak cari lelaki yg boleh jadi imam dia sebaik mungkin, pasti lelaki juga nak perkara yg sama..dia nak cari isteri yg pandai memasak & dapat layan dia sebaik mungkin. Betul tak???
Pertama kali menjadi isteri pun, saya diuji lagi ..kali ni oleh suami minggu 1 kami telah bernikah :-
"hari ni abang nak bawa keluarga besar abang datang rumah....mia ok kan? kte masak ye sayang? boleh kan?," pinta suami.
Aku?
Bagai terkebil? Nampak sangat diuji....memasak untuk keluarga besar 10 beradik. Ini belum campur cucu lagi ni.....memang agak menduga. Namun krn sayangkan suami, aku buat yg terbaik meski ada juga komen & kritikan yg byk membina.
Bak kata orang tua :-
"tiada manusia yang akan pandai jika tak berusaha memperbaiki diri,"
Pernah saya mendengar ungkapan sebegini :-
"Ada lelaki ke yang nak kat ko..masak nasi pun hangit," kata seorang wanita yg belum pernah jadi mentua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus menurun apabila umurnya semakin meningkat. Kini saya tak rasa macam tu. Banyak lelaki yang memilih rupa. Mungkin kerana kekurangannya boleh disembunyikan. Ada juga yang beranggapan restoran dan gerai sangat banyak. Cuma sediakan duit je.
"Baguslah kalau ramai perempuan tak pandai memasak..majulah restoran aku ni,"kata bakal usahawan berjaya.
Kalau semua perempuan pandai memasak pun, industri makanan tetap akan maju kerana makanan adalah keperluan asas manusia. Banyak manapun restoran, tetap akan boleh maju asalkan kena caranya tapi jangan pula semuanya berniaga benda yang sama. Lagipun setiap manusia tak mungkin pandai memasak semua jenis makanan. Pasti ada yang dia tak reti dan kalau nak makan terpaksa la beli.
"apa susah..nanti carilah dato' ke tan sri ke' jadi suami..boleh pasang bibik 2-3 orang," kata seorang anak dara yg perasan cantik.
Perlu di ingat, biasanya seseorang individu yang menyandang gelaran dato', tan sri dan lain-lain adalah orang yang cerdik pandai. Kalau tidak tak mungkin mereka dapat gelaran sebegitu. Bila dah cerdik pandai, tentu mereka boleh berfikir perempuan yang bagaimana sesuai dijadikan isteri. Mereka tentu ingin perempuan yang boleh menambahkan kekayaan mereka. Bukan tak ada perempuan yang handal memasak dan juga cantik.
"suka hati awaklah tak mau masak kat rumah.tapi jangan marah klu saya asyik bersidai kat gerai janda tue," kata seorang suami separa mithali.
Memasak bukan hanya sebagai menunaikan tanggung jawab kepada keluarga malah ia adalah tugas penting untuk memastikan keluarga sentiasa sihat dan selamat. Kita tak tahu resepi rahsia sesuatu restoran. Berserah saja lah semoga semuanya halal. Bukan sedikit pengusaha yang tidak mengetahui kandungan bahan-bahan masakan yang digunakan. Semuanya mengatakan makanan mereka halal sedap dan unik. Rupa-rupanya guna kicap import dari jepun. Patut la rasanya unik.
"kedai mamak kan banyak.apsal nak bersidai kat gerai janda tu setiap hari," bebel isteri yg masih tak sedar.
Sebagai manusia, jika ada pilihan diantara sesuatu yang baik dengan yang lebih baik, tentulah semuanya mahukan yang lebih baik. Jadi fikir sendiri la tempat yang suami anda akan pilih untuk mendapatkan makanan. Apa yang pasti tak mungkin la dia nak makan dirumah selagi anda berperangai begitu.
"Tak pandai masak...kalau nak jadi spare tayar @ yg no 3 selepas bibik boleh la..," pandangan seorang tan sri yg lebih bijak.
Yg ni no komen...kang lari tajuk...ehehe...korang jawab la sendiri kan!
SO, APA PENDAPAT KORANG AKAN ISU NI?
BAGI YG MENGHARAPKAN NAK DPT SUAMI YG PANDAI MEMASAK SEPERTI SAYA KATA TADI....ITU PUN KLU DAPAT....EVEN SAYA DAPAT SUAMI YG PANDAI MEMASAK...TETAPI BAGI SAYA SETERUK MANA PUN... AIR TANGAN ISTERI ADALAH SENTUHAN KASIH & SAYANG YG MULIA & BERKAT MELALUI MASAKAN BUAT SUAMI TERCINTA.
Bak kata suami saya :
"ramai orang berazam nak jadi isteri solehah...salah satunya memasak la untuk suami agar suami selalu tertawan..bukan memikat di katil sahaja pandainya....bukan memikat dengan rupa paras yg jelita...tetapi belajar la memasak even se simple resepi..janji isteri yg memasak..dpt pahala tau,sayang,"
So, apa kata anda wahai wanita @ isteri??? :-)
Melarik Tinta Maya,
17 comments:
setuju sangat2....walau sehebat manapun seorang pompuan tu kalau tak pandai masak tak guna juga....suami mgg suka kalau dpt makan hasil air tangan isteri sendiri, lagipun rahsia kebahagiaan rumahtangga boleh dipikat melalui masakan
kak mia, i pernah lalu the situation which bakal in law i mintak i masak..hehe..
nak tambat hati suami melalui masakan kan..:)
:) terima kasih krn menyedarkan sy. insyaAllah buat yg terbaik untuk semua.
azrin: itulah rahsia utama....perut suami perlu dijaga selalu...ble dia kenyang,dia suke...
miszatie: kongsila cite..best nk dgr nie..boleh jd panduan bg yg kat luar sana yg nk pikat mentua..hehe
kak mimi tak pandai masak..bila kenal abg megat yang pandai masak jadi malu pulak..tapi mmg betull dari masakan air tangan la pengerat kasih sayang
hahah.. amkan luar ah nt laki nanti...double meaning tuh.....
cun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com..!!
masih belajar utk memperbaiki masakan. D masih belum ssanggup nak memasak utk keluarga suami yg ramai. Sbb masih tak yakin yg masakan D boleh diterima ..huhu..D hanya masak utk suami dan kawan2 rapat yg dah biase ngan cara masakan D...
p/s: zaman sekarang..pandai tak pandai memasak..terpulang pd pasangan anda...kalau suami kaki makan - nasihat D belajarlah memasak.
pendapat akk...ni based on the real situation ok
pengalaman sendiri
akk mmg bole la msk setakat kenyang sndri...insyaallah..tp xde la msk yg heavy2 cnth briyani atau mskn barat..nyosal gak ms blm kawen xblajo msk betul2 dgn ibu walhal peluang baljo dpn mata...tp bile dh kawen, bnyk gak blajo dr ipar duai, internet n kawan...yg penting skrg misi blajo msk ikut kegemaran ank2 n suami..org len tolak tepi dlu..n biasanye kwn2 kt opis jd tmpt akk jadikan bahan uji kaji..diorg akan jd tukang komen bile akk try resepi baru...
pengalaman adik akk:
dia mmg xpernah turun dapur utk pegang periuk belanga...klu nk goreng even ikan bilis pun, dia akan panaskan kuali n cmpk ikan bilis lepas tu tutup api...skrg..dia dh bnyk berubah..sejak kawen..ank pun nk masuk 3..dia rajin gak msk2...akk dtg tdo umah...mcm2 dia jamu akk..
so conclusionnye...people do change
setuju..walaupun kadang2 rasa sedih sbb masakan saya x sehebat mak suami..
kak mimy: yg ptg suami sentiasa memberi peluang pd isterinya utk memasak :-)
kak lina: setuju dgn pendapat penuh akak..manusia perlu berubah...:-)
dee: nasihat terakhir tu wjb diingat..klu dpt suami yg kaki mkn..kena la jg perut...tp nak x nak masakan mak dia juga dia sebut.,.huhu
shazmir: hehe..pe benda ni.x fhm..pe yg cun nya???
oo kak mia nak tau ctenye privately ke nak saya cte kat entri..my pleasure je kak..:)
haaa ni entri saya dlu about pikat bakal mak mentua or mentua..:)
http://miszatie.blogspot.com/2011/08/shoppping-ry.html
ni petua org2 tua n cousin2..:)
diorg sme mak mertua syg so atie apply la ape yg diajar kan :)
do visit my blog k..:)
Kak Mia ni mane..? hana rindu tau...
hahaha.. hana tak pandai masak.. tapi hana nak masak kan untuk suami nanti.. oops, bakal mak mertua pun tahu bakal menantu die tak reti masak... waa, tapi ma janji nak ajar masak lepas kahwin nanti.. hehe
memasak tu penting tuk jimat kan kak! kekadang bile masak kat rumah bagi pade muntua, tapi kene belajar lg untuk expert macam mama...
Post a Comment