Menatap ruang taman mini di pinggiran Desa Rengit sungguh mendamaikan meski rintik-rintik hujan mula ingin menyanyikan rentak melodi dalam lagunya yang tersendiri.
Garis senyuman memalit ruang jiwa kala leka memerhatikan sepasang suami isteri berjalan berpimpinan tangan sama. Bagai menggamit ruang bingkisan diari saat cinta maya bermula....Meski dating bukan menjadi episod lakaran tinta ku,buah cinta kala memegang takhta perkahwinan menjadi sesuatu yang manis buat diri dan zauj.
Berpimpinan tangan dengan zauj memegang payung saat mendakapi diri ketika hujan lebat suatu ketika adalah memori terindah tidak bisa dilupakan. Ya, sampai bila-bila. Ia seakan ikrar zauj melindungi zaujahnya.
Mahabbah cinta - kasih + sayang + cinta mekar menguntum :-)
Menjadi dambaan setiap insan yg berumahtangga. Juga buat diri ku dan zauj.
Lamunan seakan terlintas pada sms semalam oleh zauj :-
Bagai rasa ingin menitik air mata. Bagi insan wanita lain yg tak jemu mengikuti penulisan ini dr awal ia wujud....pasti merasakan setiap coretan saya membuahkan bahgia tak terhingga sehinggakan lakaran cinta yg selalu saya mekarkan di sini bisa menjadikan anda merasakan saya yg paling bertuah.
Namun hari inilah kali pertama saya merasakan zauj mengingati sesuatu dr diri nya untuk saya. Ada tangisan bermain di kalbu. Penuh bermakna kala monolog sendirian di taman.
"Sayang agak apa?," Aduh, nak main teka-teka pulak lelaki ni.
"hm....apa ya?...teddy bear yg mia mintak masa besday baru ni ek?," Sengaja aku meneka meski tiada harapan yg suami akan belikan ini.
"tak nak la teddy bear ..mcm budak-budak tau sayang. kain pasang sutera untuk mia....buat kurung rasmi sekolah 2012....ganti hadiah teddy bear," spontan suami menjelaskan.
Dah agak itu jawapan suami. Namun tidak kecewa. Malah syukur bahgia.Sekurangnya dia ingat!!!
Tangisan kedua bakal menjelma. Cengeng betul puan mia ni..asyik nk menangis ja,kan....tapi semuanya bersebab.
Pasti zauj pening dengan watak zaujahnya yang penuh sifat kanak-kanak ribena romantis ni. Suka berbahasa tersirat. Sedangkan zauj seorang yang meriah dengan sifat lawaknya, straight to the point talk. Beza kan kami?.
Angin..sampaikanlah kata hatiku padanya.
Lelaki itu sering lupa..sering tidak mengingati sesuatu istimewa. Dah lali. 6 tahun besday ku sukar diingatinya. Redha dlm pasrah.
So shocked...Lelaki itu pertama kali ingat tarikh nikah....
Ya Allah, benarkah ini...aku tidak bermimpi kan...!!!!
Ku menadah syukur tak terhingga.
Dihinggapi pertanyaan tak sudah dr insan sekeliling, sahabat, keluarga dan beberapa pihak yg memerhatikan menjadikan terkadang aku lemah untuk menjawab. Ternyata adakalanya pasrah meski tak sangka ada yg dapat meneka episod duka lara cinta adin-mia ini.
Tanya Adik D suatu ketika kami berbual bersama di kamar :-
Sudah mengagak soalan cepu mas ini. Ya, itu hakikat. Jika roomate & suami siang malam 24 jam calling sms ..kami? entah bagai sekali sekala sahaja.
Apa terjadi ya????
Suatu hari diterjah tanya lagi oleh Kak Az silent reader blog ini :-
Positifkah saya??
Hanya Allah Maha Mengetahui. Insan yg rapat saja mengerti beban yg saya lalui.
Begitu mengejutkan suatu ketika ada seseorang mengatakan kepada saya..seseorang yg rapat bersama saya :-
Begitu berharga nasihat dr seorang adik menjadikan titik mula bermakna sebuah hubungan meski saat itu saya berdepan dengan ranjau dugaan :-
Hakikatnya, saya perlu redha ketika itu..redha menghadapi iktibar ujian hidup.
Nasihat ibunda tercinta selalu dipegang saat hal ini terjadi :-
Ketika itu banyak air mata, coretan duka tak terhingga dilakarkan sehingga saya terkadang hampir putus asa. Selalu saya tuturkan pada diri :-
Tetapi saya rebah jua..jatuh tersungkur meski cuba bertenang. Jiwa merintih, lara memendam.
Kini...........
Sesungguhnya ada hikmah di sebalik pengorbanan suami mendahului ibunya. Seharusnya aku bangga ada suami yg begitu prihatin terhadap ibu kandungnya.
Bukan dia tak sayang,cinta & kasih pada ku...tetapi keadaan memaksa aku untuk meletakkan 'SABAR' meski byk hati ku terluka.
Namun....fahamkah saya?@ cuba-cuba buat faham?
Menangis usah diceritakan.siang malam..namun saya masih memuhasabah diri lagi meski berjauhan dlm keadaan ini. Pedih selalu mengenangkan rakan-rakan lain di sekeliling di take care suami. Itu sinopsis cerita dahulu ketika ibu mertua berjuang di sisi melawan sakit kansernya.
Hari ini..
Saya menadah syukur setingginya kerana saya didahulukan semula...
Al-fatihah selalu saya hadiahkan buat ibu mertua yg telah kembali ke rahmatullah.
Sempat saya memohon maaf pada arwah saat akhirnya 40 hari tanda.
Ada tangisan ceria. Juga tangisan bahgia mengenangkan tindakan dan perubahan suami minggu pertama selepas upacara tahlil berakhir :-
Terima kasih atas nasihat adik itu yg menyedarkan saya.
Jika di FB ada yg message ucapkan tahniah kenapa saya kata ingin 'sujud syukur'. Bukanlah kerana anak..tetapi kerana episod baru ini.
Cerita baru yg mencetus banyak hikmah di sebalik tumpahnya air mata sekian lama.Cerita baru yang bakal menjadi detik ceria saya meski PJJ bkl dicatu lagi 2012.
Lewat malam ini,
Pena tinta menarikan kata terakhir suami buat saya pagi tadi ketika bersuara.
Tersentak dengan ayat ini...Ya, aku memilih dia kerana agama. Seharusnya aku akur kerna syurga terletak di bawah kaki suami kini.
Faham rupanya ayat awal aku tadi..hehe. geli hati pulak !
Ada bunyi suara mengusik sahaja zauj ku ini.
Ups...Cik Puan Mia dah senyum kini.
Senyuman yg penuh nada rindu, melodi cinta tak terhingga.
Counting for 2 weeks more to see my lovely hubby :-)












7 comments:
Kak Mia ni ada 'sentuhan' lah bila mencoret kata-kata... dan setiap kali menatap tulisan kak mia, hana mesti rasa syahdu sangat... rasa nak tumpah air mata ni kak... walaupun hana tak pernah jumpa akak, tapi selalu rasa akak dekat di hati.... ^_^
salam kak mia....sy silent reader kak mia....alhamdulillah...setiap apa yg berlaku telah ditentukan oleh ALLAH pd setiap hambanye....kt sbg umat-NYA sentiasa harus bersabar n redha dgn ujian yg diberikan pd kita....Sentiasalah berdoa untuk yg terbaik.....Kak Mia sgt bertuah..jgn sedey2 lg ye.....
tak muak la mia...masing masing nya penulisan dont worry..wah abg dah prepare annivesary yer...akak tak de apa pun lagi..hehehe but maybe dekat dekat la kot..hehe
ALhamdulilah Mia.. semua pengorbanan mia ada hikmahnya skrg nie kan.. bahagia itu pasti bila kita bersuami.. insyaallah mana tahu lepas nie, honeymoon di sarawak membuahkan hasil cinta buat mia dan adin..
firts time komen kat sini...aya suka dengan cara penulisan kak mia,,terkesan dihati...apa2 pun aya doakan yang terbaik untuk kak mia dan suami..=)
sgt comel..moga both of u bahagia hingga ke syurga amin :))
Kak mia dah ada teddy bear..
semoga tambah bahagia hendaknya :)
kak mia mmg romantis..hehe
Post a Comment