Acara pertama sekembalinya saya dr bumi utara tanggal 30 Oktober 2011 adalah kesibukan melayani rakan-rakan adik kedua saya Arif yg ramai berkunjung ke rumah.
Hidangan laksa utara sebanyak 2 bungkus laksa sudah jadi kemestian.
Ups, kenapa ada yg datang ni?
Tak lain tak bukan kerana 31 Oktober bakal berlangsungnya Majlis Konvokesyen ke-11 UTHM.
amat mudah buat resepi ni...saya dah biasa buat :-) suami pun suka
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Adik Arif kerana sudah berjaya konvo dan bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Kami sekeluarga bangga dengan mu,dik. Doa kami semoga adik terus berjaya pada masa akan datang.
Saat ni Adik Arif telah bekerja di private company dlm bidangnya as Technical Assistant.
Nasihat saya selalu pada adik :-
"Awal-awal habis pengajian ni, cari lah keja pe je...jangan menunggu di rumah...pengalaman kerja harus ditimba dr awal...tentang gaji bersabarlah..tak kemana....1 day Allah akan bagi rezki yg lebih baik utk adik bertapak lagi. Setiap kesusahan awal kerja adalah titik pemudah akan dtg,"
Saksikan kemeriahan sekitar majlis konvokesyen Adik Arif. Dr lensa kamera Sony saya (diambil oleh adik bongsu kembar saya ketika hadir ke majlis tersebut, saya tak dapat hadir perlu selesaikan urusan di sekolah...sempat hadiahkan sejambak bunga buat Adik Arif..dia hepi je :-)
Picture 1
Picture 2
Picture 3
Picture 4
Lambaian terakhir adik dan ayah menutup sesi hari ini.
Tak sabar nak menanti Konvokesyen Diploma Tahfiz Qiraat adik hazwan berbaju merah tue...hehe. Tu la last permata hati mak ayah (kembar tak seiras)...kami ni 4 beradik. Mia anak sulung..yg xde dlm ni selain Mia adalah kakak (hazwani) kpd adik berbaju merah ni yg sdg menuntut Ijazah Sarjana Muda Penilaian Hartanah di UiTM Shah Alam (tak hadir konvo).
Harapan menggunung kami agar Adik Hazwan dpt melanjutkan pengajian ijazahnya ke Mesir/Jordan next year. Tu harapan kami yg tinggi. Bagi keluarga 'agama' adalah tunjang penyeri hidup. Semoga adik hazwan dpt menyebarkan ilmu qiraatnya 1 day pd masyarakat. Syukur kini dh khatam semua juzuk Alquran.
Ok....jumpa lagi ye. Lepas ni bakal bergerak untuk cerita edisi diet yg tertutup lama. Pasti ramai yg menanti,kan...lama Mia berdiam diri tentang ini sejak cuti lalu.
Melarik Tinta Maya,








1 comments:
Tahniah buat adik kak mia :)
seronoknya berkonvo...
^^
Post a Comment